Sunday 22 October 2023

Part 7 - Penawar Yang Sempurna

 Bahagian 7- "Kawan" atau Kawan

Fakta bahawa wanita ialah insan yang sukar untuk diramal memang tidak dapat disangkal. Sepanjang 17 tahun berkahwin dengan El, jarang sekali aku dapat guess dengan tepat apa yang terpendam jauh di dalam hatinya. Dapat hint tu mungkinlah. Tapi bullseye, jauh sekali. Perasaan ingin tahu tentang dia dan Hasrul memang membuak-buak tapi aku tak mahu tunjuk desperate sangat. Ni pula perihal lelaki, sentiasa cuba untuk act cool tak kira masa dan tempat. 

Aku menganggap hari-hari pertama selepas pertemuan tidak disangka kami dengan Hasrul sebagai tempoh pemerhatian yang sangat kritikal. Sebolehnya aku cuba dapatkan sebarang hint atau sign yang El mungkin akan tunjukkan sebagai opening untuk aku ajak berbincang mengenai Hasrul. 

Tak kiralah ketika driving atau sedang bekerja di pejabat, aku sentiasa fikirkan cara untuk approach El. Sudah tentu peluang terbaik untuk berbincang adalah ketika hubungan intim tapi aku tak nampak peluang itu dalam masa terdekat.

"Sayang, tengah hari ni macam biasa abang nak pergi kondo drop barang kejap", kata aku kepada El semasa kami sedang menikmati breakfast pada pagi Sabtu berikutnya. 

"El nak ikut jugak boleh?", tanya El bersahaja. 

Aku terpinga-pinga seperti tidak percaya dengan apa yang aku dengar. El sudah tentu tahu Hasrul juga mungkin akan ada di situ. 

Dengan sign yang ditunjukkan, bolehkah aku concludekan dia sudahpun boleh terima Hasrul kembali dalam life kami? Tapi penerimaan yang macam mana? Adakah sebagai kawan biasa atau kawan yang extra mesra? Bermacam-macam persoalan berlegar di fikiran aku. 

"Boleh je", aku membalas dengan nada tenang, cuba menyembunyikan tanda tanya. 

Setibanya di kondo kami, aku dapati kereta Hasrul telahpun ada di lot parking yang diperuntukkan. "Sayang, still nak naik atas?", tanya aku sambil  menggenggam tangan El. 

"Kenapa tak nak?", tanya El menduga sambil memandang tepat muka aku.

"Ok jom", jawab aku spontan cuba menunjukkan aku cool dengan situasi itu. 

Setibanya di unit kami, Hasrul sedang duduk di sofa ketika pintu dibuka. Aku dapat rasakan Hasrul sedang memandang ke arah kami ketika aku berjalan menuju ke display cabinet diikuti oleh El di belakang. 

Apa yang berlaku seterusnya membuatkan aku acknowledge sesuatu mengenai Hasrul. Aku admit, tahap gentleman Hasrul adalah next level. Mungkin juga ada sedikit unsur gambling, tetapi pastinya perlukan keberanian luar biasa. 

Hasrul bijak menilai situasi. Tindakan El untuk tetap masuk ke dalam rumah tersebut walaupun mengetahui Hasrul ada di situ adalah satu invitation dari El supaya Hasrul mendekatinya. Tiada sign yang lebih jelas diperlukan oleh Hasrul untuk bertindak. 

El hanya berdiri tegak ketika Hasrul memeluknya dari belakang. Semuanya berlaku begitu pantas. Ketika aku sedar apa yang berlaku, tangan Hasrul telahpun merangkul tubuh El dari belakang. El tidak menyambut atau cuba meleraikan pelukan Hasrul.

Ya, aku memang terasa useless berdiri begitu hampir dengan mereka, seolah-olah aku pula yang menyuruh Hasrul memeluk El. Aku segera berganjak menjauhi mereka dan menuju ke dapur. Aku menjauhkan jarak supaya situasi itu tidak bertambah awkward. 

Walaupun aku telah berdiri jauh, Hasrul masih lagi berbisik dengan El. Dari tempat aku berdiri, aku tidak dapat dengar sebarang perbualan mereka. Selesa dengan keadaan itu, El mula menyambut kedua tangan Hasrul yang merangkulnya. 

Setelah beberapa ketika, Hasrul melepaskan pelukan. El memusingkan badannya dan memeluk erat Hasrul dari depan. Aku hanya perhatikan dari jauh. Ada sedikit perasaan cemburu timbul apabila melihat mereka berpelukan. Cemburu tandanya sayang, bukan? 

Berdasarkan conversation history aku dengan Hasrul, message terakhir aku yang tak berbalas adalah pada 18 September 2022. Hingga Januari 2023, hampir 4 bulan juga El break-up dengan Hasrul. 



No comments:

Post a Comment