Sunday 22 October 2023

Part 4 - Penawar Yang Sempurna

 Bahagian 4 - Pertemuan

Aku decide untuk distancekan diri dari Hasrul selepas aku confront dia pasal El. Bukannya apa. Bila flashback, macam awkward pulak aku as husband yang nak pertemukan wife aku dengan ex dia. Try hard sangat. Kalau boleh biarlah ada gap sikit sebelum next TT (Teh Tarik session). Aku pulak yang tak tahu macam mana nak face hasrul. 

Nasib baik Hasrul pun tak ajak aku lepak sama-sama during this time. Message telegram pun pasal nak tambah itu ini dekat kondo. Kiranya purely business, bukannya pasal El. 

Sehinggalah esoknya weekend. Aku dapat message dari Hasrul, "Bro, esok lepak kondo?".

"Pergi kejap je kot lepas beli barang rumah. Ni ada nak simpan toys baru, parcel minggu ni", balas aku untuk update Hasrul. 

Rutin setiap Sabtu kami husband and wife akan dimulakan dengan pergi ke pasaraya untuk membeli keperluan mingguan rumah. Sekembalinya ke rumah, barulah kami akan breakfast. Lepas breakfast, anak kami akan join online tuition. Setelah semuanya settle barulah aku ada "me time". Sejak ada kondo sewa ni, inilah time untuk aku ke sana. 

Tetapi pada hari tersebut, online tuition anak aku dipostponed. Jarang dapat peluang sebegitu, kami berjanji dengan mereka untuk lunch di Midvalley. Oleh itu aku tak bercadang untuk pergi ke kondo seperti kebiasaan. 

"Boleh ke kita singgah kondo kejap? . Abang nak tinggalkan barang. Tengah hari ni abang tak payah pergi sana dah", panjang lebar  aku explain pada El di dalam kereta dalam perjalanan pulang dari pasaraya. 

El hanya menangguk memberi isyarat green light. 

Setibanya di kondo tersebut, aku meminta El untuk tunggu di dalam kereta sementara aku naik ke atas. 

"Abang tak nak tunjuk rumah kat El ke?", tanya El sebelum aku menutup pintu kereta. 

"Eh, jom la. Boleh sangat-sangat. Ni memang parking kita. Boleh tinggal kereta", jawab aku. 

"Tapi Hasrul ada ke?" tanya El meminta kepastian lagi. 

Setelah sekian lama inilah pertama kali aku dengar El menyebut nama Hasrul.  Terasa janggal pulak selepas lama tak dengar El sebut nama tu. 

"Ni parking satu lagi", jawab aku sambil menunjukkan parking kosong. "Tak ada kereta kat sini maksudnya dia tak ada kat rumah", terang aku lagi.

Selepas mengunci pintu kereta, kami berjalan menuju ke lif. Bersungguh-sungguh aku explain fasiliti yang ada di kondo tersebut semasa menuju ke unit kondo kami. 

Setibanya di unit kami, aku membiarkan sahaja El explore setiap pelusuk dalam rumah sementara aku fokus pada susunan kotak-kotak collectibles aku. 

Sehinggalah tiba-tiba, panel smart lock kami diakses dari luar. El sempat mendekati aku sebelum pintu dibuka sepenuhnya. "Oh shit!, Oh shit! ", ini  sahaja yang aku mampu fikirkan ketika aku nampak Hasrul di pintu. Aku langsung tak jangkakan situasi itu. 


No comments:

Post a Comment