Sunday 22 October 2023

Part 5 - Penawar Yang Sempurna

 Bahagian 5 - Hati ke Hati

Ketika Hasrul membuka daun pintu, aku sedang berdiri di tepi cabinet di ruang tamu. El tiada pilihan melainkan berdiri di sebelah aku sambil cuba memandang ke arah bertentangan supaya tidak bertentang mata dengan Hasrul. 

"Abang, nak balik.. ", kata El sambil menarik-narik baju aku. "Jom la balik.. ", gesa El lagi. 

Aku memandang Hasrul di pintu. Dia pun teragak-agak untuk masuk. Aku mengerutkan dahi dan menganggukkan kepala memberi isyarat untuk dia masuk. Sekali lagi aku jadi orang tengah antara mereka. 

Jarak dari pintu ke tempat aku dan El berdiri hanya beberapa langkah. Walaupun berlantaikan tiles, aku dapat rasakan vibration ketika hasrul melangkah mendekati kami. El sudah mula memintal-mintal hujung baju aku yang digenggamnya tanda nervous. 

Dengan sekelip mata Hasrul telahpun berdiri di tepi El. Mungkin terbayang keakraban mereka sebelum terpisah lama, dengan selamba Hasrul cuba menyambut tangan El yang menggenggam baju aku. El sudah tentu berganjak supaya tangannya tidak dipegang Hasrul. 

Aku tahu aku perlu masuk campur. Aku pegang tangan El dan aku pimpin dia untuk duduk di sofa berhampiran. Aku duduk bersimpuh di hadapannya. 

"Sayang, tengok muka abang please", aku bersayang-sayang dengan El walaupun Hasrul berdiri hampir dengan kami. 

"First skali abang nak sayang tau, abang tak plan semua ni. Second, boleh tak El bagi peluang dia explain apa-apa yang patut so that no more hate or uneasy feeling antara kita dan dia. Sampai bila kita nak avoid discuss benda ni?". 

"Sayang decide samada nak putuskan hubungan terus atau sekurang-kurangnya kita still berkawan dengan dia. abang respect apa-apa pun decision sayang", aku menyambung panjang lebar sebelum bangun untuk menjauhi mereka. Semasa berundur, aku sempat pandang muka El sedang menjeling aku. 

Kini Hasrul pula duduk di hadapan El. El tidak berganjak tetapi dia menoleh ke tepi supaya tidak memandang tepat muka Hasrul. Aku kembali berdiri di tepi cabinet tadi dan cuba mengintai kelakuan mereka dengan anak mata. Dah macam dalam drama. Hasrul bersungguh-sungguh cuba pandang muka El tapi El menoleh ke arah bertentangan. 

Aku dapat rasakan dengan adanya aku berhampiran hanya akan membuat situasi bertambah awkward. Mungkin sukar untuk mereka buat heart to heart jika mereka sangka aku sedang memasang telinga.

"Nak ambil barang dalam kereta kejap", aku beri alasan sambil melangkah keluar rumah. Sengaja aku beri peluang dengan harapan dapat membantu redakan ketegangan. Tapi aku bukanlah ke kereta pun. Aku hanya berdiri di luar rumah sambil scroll up and down aplikasi medsos di handphone.

Selang beberapa ketika pintu rumah dibuka. Tanpa mempedulikan aku, El menyarung kasut dan melangkah keluar menuju ke arah lif. Aku sempat menjeling ke dalam rumah dan melihat Hasrul masih lagi duduk di atas lantai. Dia tak menoleh pun ke arah pintu ketika kami beransur. 




No comments:

Post a Comment