Sunday 22 October 2023

Part 6 - Penawar Yang Sempurna

 Bahagian 6 - Penerimaan

Di dalam kereta, El hanya diam dan memandang ke tepi tingkap. Aku juga terdiam kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sekali sekala aku cuba pandang raut wajahnya, menduga. Setibanya di rumah, kami mengangkat barangan yang dibeli tadi masuk. 

"Jom makan," El kuatkan suara memanggil anak-anak kami di tingkat atas untuk bersarapan, sambil tangannya menghidangkan makanan yang kami beli tadi. 

Aku duduk di hujung meja makan tidak bersuara, hanya memerhatikan tindak tanduk El. Sesekali mengharap yang El akan pandang muka aku dan senyum menandakan semuanya ok.

"Lepas makan ni, kita bersiap ok. Nanti boleh jalan-jalan kat midvalley awal sikit", El bersuara memberi cadangan kepada kami. Mata kami tiba-tiba bertentangan dan terbentuk senyuman di bibir El. Senyuman tepat ke arah aku. Aku kenal senyuman itu. Sepanjang kami bersama sebagai suami isteri, senyuman itu adalah approval atau sign dari El menandakan tiada ketegangan antara kami. 

Hanya dengan senyuman itu, serta merta segala keresahan dan kerisauan aku luruh. Aku terasa seperti ingin menerkam dan memeluknya tapi anak-anak kami ada berhampiran. Sudah tentu mereka akan pelik dengan keadaan itu.

Semasa bersiap di dalam bilik, aku ambil kesempatan untuk peluk El. "Sayang, thanks sebab handle problem kita tadi dengan cara matured sangat-sangat. Abang stress sikit tapi sekejap je", terang aku pada El.

Kami berpelukan erat. Aku bisikkan di telinganya "Nak cerita kat abang tak Hasrul kata apa tadi?", aku berani kan diri bertanya. 

"Adalah.." El membalas sambil menolak badan aku dari pelukan dan menyambung bersiap. 

Walaupun sedikit terseksa kerana tertanya-tanya apakah status Hasrul pada El, aku tahu kesabaran itu penting. Teringat ada pepatah yang biasa orang gunakan - go with the flow. Dapat harungi perkara tadi tanpa El bermasam muka pada aku pun dah memadai. 


No comments:

Post a Comment