Sunday 22 October 2023

Part 4 Berakhirnya Syurga Dunia

Bahagian 4 - To start all over again

Aku bukanlah sportsman.. Jauh sekali outdoor person sebab aku tak suka berpeluh. Tapi aku suka jogging. Biasanya aku akan bangun seawal 5 pagi untuk jogging di persekitaran kawasan rumah. Nasib baiklah kawasan rumah aku gated so rasa la yakin sikit dengan security and safety bila jogging seorang-sorang walaupun awal pagi. 

Semasa jogging lah aku dapat berfikir dengan tenang. Bukan sehari dua aku guna kesempatan ni untuk analyze situasi aku, El dan Hasrul. 

Percaya atau tidak... Berbulan-bulan dah berlalu sejak kali terakhir hasrul datang maklumkan pada kami berita tentang isterinya. Sejak hari tu sehinggalah sekarang, dia langsung tak call atau message aku dan El. Samada untuk maklumkan any update atau nak minta sebarang bantuan. 

Dengan reaction Hasrul dan keadaan dia sekarang, pada pendapat aku lah, Hasrul telahpun letak titik pengakhiran pada aku dan El. Bila dilihat secara keseluruhan, terdapat juga kemungkinan besar Hasrul telah insaf dan cuba berubah untuk menjadi lebih baik buat keluarganya. Mungkin sebab tulah dia menjauhkan diri dari aku dan El. 

Serius.. Kalau buat thinking masalah-masalah masa jogging ni.. 5km tu sekejap je dah settle. Penat pun tak rasa. 

Tipulah kalau aku tak mengaku yang ak ada terfikir untuk initiate hubungi Hasrul bertanyakan khabar. Tapi aku cuba kuatkan semangat untuk tak berbuat demikian supaya nampak lebih berperikemanusiaan. Aku dan El dah rasa cukup bersalah pada isterinya selama Hasrul terjebak dengan kami. 

Sekiranya Hasrul telah di'strike-off', apa lagi pilihan yang aku ada? 

Makan ubat? Aku dah guna beberapa supplement yang dicadangkan, tapi performance aku tak improve seperti disangkakan. 

Atau mungkin El sendiri yang terlebih nafsu? Ini di luar kawalan aku. 

Atau adakah aku perlu cari pengganti Hasrul? 

Aku sentiasa berdebar-debar apabila memikirkan kemungkinan untuk mencari pengganti Hasrul buat El. 



No comments:

Post a Comment