Wednesday, 2 July 2025

Part 8 - Ini takdir kita (2024)

 Bahagian 7 - Konfrontasi Part 2

"Ok", balas El.

Aku lega akhirnya dapat pujuk El untuk berjumpa dengan Hasrul tapi aku sendiri mula ragu-ragu. Betul ke decision aku untuk berjumpa dengan kedua-dua mereka? Atau ini cuma ego aku semata-mata? Ada masanya aku rasa tak ready. Namun aku ingatkan diri sendiri yang proses itu bukan sekadar untuk closure, tapi supaya kami dapat move on.

Setelah berfikir panjang, aku pun hantar message kepada Hasrul. Aku memberitahunya yang aku dan El setuju untuk berjumpa dengan dia dan lelaki tu pada hari minggu tersebut. (xxhb early December 2024), di salah sebuah kafe yang pernah kami kunjungi dulu. Kafe ini mempunyai ruang terbuka di luar, dan aku sengaja pilih tempat terbuka kerana tak mahu percakapan kami didengari oleh orang di sekitar. 

Untuk timing pula, aku pilih waktu seawal kafe dibuka supaya tempat itu masih lengang dan tidak ramai pengunjung. 

Pada hari yang ditetapkan,kami tiba lebih awal dari masa yang ditetapkan. Aku taknak mereka sampai dahulu. El memakai jeans dan kemeja labuh, lengkap dengan sunglasses yang mungkin dipakai untuk sorokkan mukanya dari Hasrul dan lelaki tu. Seperti yang dijangkakan, kafe masih lengang kerana baru sahaja dibuka. 

Aku memilih meja di luar yang boleh memuatkan enam orang. Aku duduk di tengah, sementara El duduk di sebelah aku. Aku merancang supaya Hasrul dan lelaki itu akan duduk di sebelah aku yang satu lagi, agar mereka tak duduk berhadapan dengan El. 

Coffee aku belum sempat habis separuh pun ketika dua orang lelaki menghampiri kami. Tanpa dijemput, mereka duduk di meja kami. 

Ketika mereka melabuhkan punggung ke kerusi masing-masing, mata aku bertentangan dengan Hasrul, kemudian beralih kepada lelaki yang datang dengannya. Dia hulurkan tangan untuk bersalaman, tapi aku endahkan. 

Aku segera lontarkan soalan tanpa berlengah, "Kau tau tak aku ni suami dia?" Aku pandang tepat ke matanya, geram. 

Itulah kali pertama aku jumpa lelaki yang 'bertuah' itu. Ternyata jurang umur antara kami agak besar. Kami telahpun melepasi 40, tetapi dari raut wajah dan gayanya, aku jangkakan dia dalam lingkungan umur 20an. Mungkin baru tamat kolej atau universiti. Tingginya hampir sama dengan Hasrul, tetapi bertubuh sederhana dan berkulit cerah. Style rambutnya susah untuk aku describe, tapi yang pasti style rambut yang digayakan remaja zaman sekarang- rambut yang sengaja dibuat 'messy' tapi masih terurus. Nak kata macam baru bangun tidur, tapi bukan sedang berbaju tidur. Lepas dah jumpa face to face ni, dapat aku katakan yang 'lelaki' aku refer selama ni sebenarnya lebih sesuai dipanggil 'budak'.

Tanpa melengahkan masa aku alihkan perhatian pada Hasrul. "Bagi aku handphone kau sekarang. Tunjuk kat aku semua yang kau ada," kata aku kepadanya, merujuk kepada video-video El dalam simpanannya. Aku sengaja tegas. Aku bukannya jumpa mereka untuk bersembang atau berkenalan.

Tanpa sebarang alasan, Hasrul menetapkan sesuatu (setting) di telefonnya sebelum menghulurkannya kepada aku. Aku tergamam. Ada beratus-ratus (atau mungkin beribu?) thumbnail-thumbnail di skrin handphonenya. Aku cuba scroll, tapi tak berpenghujung. Aku sampai terfikir sejenak, semua ni video dia dan El ke? Atau dah mixed dengan video dia download dari internet? 

Aku scroll ke atas dan ke bawah, cuba dapat kepastian. Walaupun thumbnail-thumbnail tu kecil, aku tahu semuanya adalah video dia dan El. Tak tahu sejak bila terkumpul, dan aku tak sangka sejak bila El benarkan Hasrul rakam. Betul lah claim El sebelum ni, yang dia buat seks lebih banyak dengan Hasrul berbanding dengan aku. Itulah buktinya. Tangan aku mula terketar-ketar. Padahal aku tahu dan setuju pun dia ada affair dengan Hasrul selama ni. Tapi,datang rasa sedih dengan tiba-tiba bila aku lihat semua video-video tersebut. Tak sangka El rela diperlakukan dan dipuaskan Hasrul. El lupa ke yang dia dah bersuami?

Dalam banyak-banyak video tersebut, aku hanya fokus pada yang terbaru. Aku nak cari video mereka di Hotel Traders tempoh hari. Mata aku tertumpu pada satu thumbnail di row paling atas, yang ada mark "42min". Dengan segera aku terus menekan thumbnail untuk memainkan video tersebut.

Aku terpaksa skip beberapa kali ke hadapan untuk percepatkan video. Dada aku berdebar menatap skrin handphone. Walaupun tak ada orang lain di sekitar kami, sesekali aku tetap tekup sedikit skrin handphone semasa video dimainkan. 

Dari rakaman video, handphone tersebut diletakkan di sisi katil. Aku dapat sahkan memang itu video yang dicari setelah nampak El dalam keadaan bogel datang dari sisi dan baring di tengah katil. Hasrul menyusul, dan mereka mula berciuman. 

Aku skip lagi video ke hadapan untuk cari budak lelaki tu dalam video tersebut. Setelah beberapa ketika video dimainkan, aku jumpa scene Hasrul turun dari katil dan hilang dari rakaman. Mungkin pada saat itulah loceng bilik ditekan. Hasrul turun dari katil untuk membuka pintu kepada seseorang. Tidak lama kemudian, budak lelaki tu pun muncul dalam frame video. Aku tahu aku dah jumpa video yang aku cari.

"Aku tak kira, video ni aku ambik. Video lain aku akan delete," kata aku sambil mengeluarkan phone aku dan memulakan pindahan fail. Aku tak pedulikan pun sama ada Hasrul benarkan atau tidak. 

Aku mulakan proses pindahan video tersebut dan delete fail lain. Setelah selesai, aku hulurkan semula handphone kepada Hasrul. Selesai dengan Hasrul, aku fokus pada budak lelaki tu pula. 

"Keluarkan IC kau," kata aku kepadanya tegas. Tanpa berikan sebarang alasan, budak lelaki tu segera keluarkan IC dan letakkannya di atas meja. Aku snap gambar IC tersebut menggunakan telefon aku.

Tanggapan aku benar, budak lelaki tu sangat-sangat muda. Dari nombor di kad pengenalannya, dia dilahirkan pada tahun 2000, bermakna dia baru berusia 24 tahun. Mata aku kemudian tertumpu pada nombor di tengah-tengah barisan no kad pengenalannya, 03. 

Sekembalinya kat rumah baru aku tahu yang ini adalah kod pendaftaran untuk salah sebuah negeri di pantai timur. No wonderlah namanya di kad pengenalan tersebut bermula dengan huruf "N". Dalam penceritaan ini dan seterusnya, aku akan gunakan nama panggilan 'Nick' untuk merujuk kepada budak lelaki ini.

"Kau dah kawin?", tanya aku ingin tahu. Tak berniat pun untuk panjangkan perbualan. Tapi aku curious dengan pilihan Hasrul.

Nick menggelengkan kepala.

Setelah dah dapat apa yang aku nak, aku sentuh siku El, beri isyarat untuk bangun dan beredar. Pada masa yang sama aku sempat alihkan pandangan pada Hasrul. Aku lontarkan soalan yang lama aku pendam. Aku memang nak sangat tahu dari mana dia dan Nick berkenalan. Seperti yang aku jangkakan, Nick adalah officemate Hasrul. 

Tak dapat aku bayangkan betapa close Hasrul dan Nick di pejabat. Mesti Hasrul dah share dekat Nick macam-macam tentang El. Sejak bila, cerita apa dan video mana yang pernah dikongsikan dengan Nick dah tak relevan dan tak penting pada aku. Semuanya dah terlambat.

Hasrul masih cuba berkata sesuatu ketika aku bangun untuk beredar. Aku tekad, takkan panjangkan perbualan. Aku ingatkan dia yang aku tak teragak-agak untuk buat laporan polis sekiranya video-video El tersebar. Aku juga mengugut Nick yang aku tak akan hesitate untuk buka aibnya sekiranya dia malukan kami.

Sampai bila-bila pun aku tak dapat guarantee yang Hasrul tak ada copy video-video yang aku dah delete tadi. Tapi, sekurang-kurangnya, aku beri dia peringatan dan sampaikan mesej yang kami juga takkan berdiam diri. 

El mengekori aku dari belakang setelah kami tinggalkan meja tersebut. Sebelum jauh dari meja tu, aku dapat dengar Nick sempat berkata sesuatu kepada El. Bunyi yang sayup sayup tapi jelas.

"Sorry kak.."

Harapnya itu kali terakhir kami dengar suaranya.  Kami terus berlalu tanpa berpaling ke belakang. Tak tahu apa perasaan El ketika itu.


No comments:

Post a Comment