Bahagian 6 - Recovery
Baru sehari berlalu, namun masa terasa sangat perlahan. Hari ni pun aku tak ke pejabat. Aku cuma maklumkan pada office yang aku tak akan hadir ke pejabat sepanjang minggu itu kerana ada urusan keluarga. Lagipun hari ni hari Jumaat. Proper la sikit bersiap untuk solat Jumaat kalau pergi ke masjid dari rumah.
Hasrul tak tunggu lama untuk hubungi aku semula selepas pertemuan kami semalam. Aku terima message darinya meminta untuk berjumpa dengan aku dan El. Dia nak minta maaf pada kami dan nak kami lihat sendiri dia delete video-video El dalam simpanannya.
Namun aku tak maklumkan pada El yang aku terima message tersebut. Aku tak nak El tahu yang aku sedang communicate dengan Hasrul, apatah lagi yang aku dah jumpa Hasrul semalam. Aku khuatir emosinya akan terganggu jika aku bawa topik ini pada masa yang tak sesuai.
Berulang kali El maklumkan pada aku, dia takkan jumpa Hasrul sampai bila-bila. Tapi aku fikir jauh sedikit. Aku risaukan video-video yang ada pada Hasrul. El dah tekad takkan jumpa Hasrul, tapi Hasrul pula nak jumpa El untuk tunjukkan dia ikhlas akan delete video-video tu. Sekarang aku pula yang perlu jaga hati kedua-dua pihak, sekurang-kurangnya sehingga aku pasti tiada lagi video-video dalam simpanan Hasrul.
"Sayang tak pergi office langsung ke minggu ni?". tanya aku bersahaja pada El ketika kami makan tengah hari, sebelum menunaikan solat Jumaat. El menggelengkan kepala.
"Abang pun tak masuk langsung minggu ni, kita spent masa kat rumah sama-sama ok?", kataku lagi sambil senyum kepadanya. Aku nak dia tahu yang aku available untuknya.
Senyuman aku tak berbalas. Dari pemerhatian aku, El belum ready untuk berjumpa dengan Hasrul. El perlukan masa untuk pulih, untuk kuat semula dari segi emosi dan mental. Tanpa lengahkan masa aku hantar message ringkas pada Hasrul, maklumkan yang El masih belum bersedia untuk berjumpa.
Sepanjang weekend tersebut pun, ada masanya El akan menyendiri, dan ada masanya dia akan duduk berhampiran dengan aku. Tapi melihat El dah tak lagi berkurung dalam bilik dah memadai bagi aku. Jika sebelum ini suasana antara kami agak tegang, kini El slowly jadi dirinya yang sebenar.
Hasrul masih tetap menghantar message kepada aku, bertanya bila dia boleh jumpa dengan aku dan El. Kebanyakkan messagenya aku abaikan, tapi kalau ada reply pun, aku maklumkan padanya yang El masih belum pulih dari apa yang dia dah lakukan pada El. Aku tekankan yang El perlukan ruang untuk recover. Aku sendiri pun, sebenarnya kalau boleh nak lupakan terus apa yang berlaku dan tak nak ada sebarang urusan dengan Hasrul. Kiranya, aku nak cutoff terus Hasrul dari hidup kami. Tapi mustahil boleh dibuat serta merta. Aku hampir terlupa tentang kondo yang aku dan Hasrul sama-sama agree untuk sewa untuk park barang-barang kami.
Yang penting kami perlukan 'closure'. Aku nak pastikan Hasrul tak simpan apa-apa berkaitan El dalam simpanannya. Mesej antara mereka, video atau gambar yang aku sendiri tak tahu berapa banyak yang sebenarnya ada. Semuanya aku nak mereka delete.
Dua kali weekend berlalu, barulah ada perkembangan positif ditunjukkan El. Mungkin urusan kerja during weekdays dan suasana meriah dengan kehadiran anak-anak kami di rumah during weekend membantu proses healing El. Slowly, aktiviti harian kami kembali seperti sebelumnya. El mula nak ikut kami keluar makan dan shopping groceries di pasaraya berhampiran. Dia memberitahu aku yang dia perlu sibukkan diri supaya dapat lupakan apa yang dah berlaku. Tapi still aku nampak dia masih fobia dan takut untuk keluar ke public. Setiap kali keluar, dia mesti pakai facemask. Dia rasa seperti ada orang yang memandang dan tahu apa berlaku padanya.
Sepanjang tempoh El cuba untuk melupakan segalanya, Hasrul masih tak putus-putus menghantar message kepada aku. Dia tak ada pilihan lain selain hubungi aku kerana El sudah memblock nombornya. Semakin hari, Hasrul semakin terdesak. Terbaru, dia memaklumkan yang dia akan bawa sekali 'tetamu' yang diundang ke hotel pada hari tersebut untuk meminta maaf kepada kami. Perasaan aku bercampur-aduk. Kalau boleh aku cuba untuk lupakan semuanya dan tak nak panjangkan apa yang kami dah lalui. Namun, di hati kecil aku ada sedikit perasaan nak tahu siapa lelaki tersebut. Mungkin kami perlukan juga permohonan maaf lelaki tu untuk closure yang sempurna.
Seperti sebelumnya, aku hanya membalas yang El tak ready untuk berjumpa dengan mereka.
Sampailah ada satu weekend tu (dah masuk Disember, kiranya dah hampir 3 minggu lepas kejadian), akhirnya aku lontarkan soalan yang lama aku pendam pada El.
"Sayang, boleh tak kalau kita cakap sikit pasal kes tu?" tanya aku pada satu hari, setelah aku rasa El dah bersedia untuk berbincang secara rasional. Aku tak tahu nak terangkan bagaimana aku tahu El dah ready. Mungkin dari perubahan-perubahan yang ditunjukkan. Dia mula lebih terbuka, dan kehidupan harian kami pun dah mula kembali normal.
El membalas dengan pandangan tajam ke arah aku. "Abang nak bincang macam mana?" tanya El dengan nada bersahaja tapi tegas. Dia tahu kes yang aku maksudkan adalah peristiwa di Hotel Traders tempoh hari. Aku risau juga dengan kemungkinan respon yang akan ditunjukkan oleh El. Tapi dari pandangan dan intonasi suaranya, aku tahu dia dah bersedia.
Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan perbualan. "Abang nak bincang pasal apa yang jadi dengan Hasrul. Abang rasa kita perlu settlekan ni once and for all," kataku dengan suara yang lembut, taknak nampak macam mendesak sangat.
El diam seketika tetapi masih tetap tenang. "Abang, El kalau boleh tak nak ingat dah semua tu. Tapi kalau abang rasa kita perlu bincang, El cuba," jawab El. Kami duduk berhampiran ketika itu, membolehkan aku mengusap-usap lengannya. Aku tahu ini bukan perkara mudah untuknya.
Aku tak nak simpan apa-apa rahsia pun dari El, jadi aku ceritakan segalanya dari A sampai Z. Aku terangkan bagaimana aku berdepan dengan Hasrul sejak hari pertama lagi, dan bagaimana Hasrul masih menghubungi aku sehingga kini untuk memohon maaf. Aku juga sampaikan hasrat Hasrul untuk bawa sekali lelaki itu bertemu kami, bukan sekadar untuk meminta maaf, tapi juga untuk tunjukkan sendiri dia delete video-video tersebut.
Aku perhatikan rekasi El ketika aku buat luahan kepadanya. Dia hanya diam menunggu aku habiskan kata-kata. Reaksinya berbeza dari dulu. Tak nampak tanda-tanda nak menangis, sedih atau marah. Terdetik rasa lega bila dapat luahkan kepada El semua yang aku simpan sorang-sorang selama ni. Aku cuma harap El setuju dengan pertemuan tu. Biarlah ada kata putus dengan Hasrul dan yang paling penting.. aku nak dapatkan guarantee dari Hasrul mengenai semua video and gambar El yang disimpannya.
No comments:
Post a Comment