Wednesday, 2 July 2025

Part 10 - Ini takdir kita (2024)

Bahagian 9 - Catatan Januari 2025

Sejak terima offer letter SBP anak kami ke-2, aku dah tak dapat lagi sex dari El. Terbukti stress mempengaruhi mood untuk 'bersama'. Suasana kat rumah pun dah start rasa lain. Gloomy, tak ceria, El pun lebih banyak mendiamkan diri. Even plan kami untuk cuti sekolah next week pun entah ke mana. Sedar-sedar je.. hotel semua pun dah jadi mahal. So kami decide untuk tak ke mana cuti sekolah nanti.

Tapi sebab tu lah agaknya ada pepatah 'rezeki tak pernah salah alamat'. Tiba-tiba kami dapat invitation dari wife Hasrul untuk bercuti sama-sama.

Aku tahu El sebenarnya terhimpit untuk kata "tak nak" pada offer tu. Dia rasa bersalah sebab wife hasrul tak ada clue pun dengan apa yang terjadi antara Hasrul dengannya. Tambahan pula dia tahu wife Hasrul memang tak ada kawan lain untuk bersosial.

24 hingga 26 Jan 2025

Walaupun El dengan Hasrul masih belum berbaik, kami decide untuk setuju dengan offer tu. Aku sendiri sebenarnya 50-50. Kalau diikutkan, sejak last jumpa dengan Hasrul dan Nick dekat cafe akhir tahun lepas, kami memang dah tak contact langsung. Tak ada message, tak ada call, apatah lagi jumpa.

Tapi memandangkan kami pun tak ada plan pada cuti sekolah tersebut, dan kesiankan wife Hasrul dan budak-budak, kami decide untuk setuju. El cuma suarakan concern bagaimana dia nak react di hadapan Hasrul nanti. Aku sendiri tak tahu nak nasihatkan dia macam mana. So, aku sedapkan hati kami dengan mencadangkan supaya El abaikan Hasrul sepenuhnya dan fokus untuk luangkan masa dengan wife Hasrul dan budak-budak.

Destinasi kami kali ni dekat je, ke Pangkor. Macam sebelum-sebelum ni, penginapan untuk 9 orang perlukan sekurang-kurangnya 3 bilik. Mungkin sebab faktor kos jugak, Hotel YTL tu tak sesuai untuk accomodate semua yang join trip kali ni. Aku pun rasa lega sikit. Tak stay dekat hotel YTL tu, maksudnya tak ada la El nak flashback atau teringat apa-apa moment dia dan Hasrul.

Anak bujang kami dan anak lelaki Hasrul stay satu bilik. Aku, El dan anak perempuan kami satu lagi bilik. Manakala Hasrul, wifenya dan anak perempuannya satu bilik. Jika aku perlu pilih perkataan yang sesuai untuk describe pertemuan pertama kali aku dengan Hasrul, aku akan pilih "awkward giler".

Budak-budak mungkin la kot have fun. Sebab ada pantai dan gaming room dekat dalam hotel. El pun kata dia ok je. Sebab memang spent masa mostly dengan wife Hasrul - keluar ke pantai dengan budak-budak atau ke spa hotel. Tapi aku dan Hasrul? Aku sentiasa cuba elakkan 'eye contact' dengan Hasrul. Hotel tu bukan besar mana pun. Yang pastinya setiap kali Hasrul tegur, aku akan hanya jawab sepatah dua sahaja. Paling awkward bila terserempak dan terpaksa duduk sekali. Contohnya masa breakfast. El memang akan ignore terus Hasrul, langsung tak ada bercakap atau bertentang mata. Mudah untuknya kerana dapat alihkan perhatiannya pada wife Hasrul. Dalam moment ni, aku yang terpaksa berlakon supaya tak nampak ketara 'dingin' dengan Hasrul.

Kalau ada reader yang tertanya-tanya, yup. memang ada beberapa ketika El terpaksa bersembang dengan Hasrul. Contohnya bila di hadapan wife Hasrul. Hasrul akan gunakan peluang ni sebaiknya. Dia akan pandang wajah El dalam-dalam dan cuba panjangkan perbualan.

Semakin hari cuti tu nak habis, semakin aku perasan macam mana reaction El berubah. Dari yang asalnya jawab Hasrul acuh tak acuh tiba-tiba dah boleh gelak. Dari yang selalu elak pandang, akhirnya dah berani lock eyes dengan Hasrul.

Tapi yang paling obvious bagi aku? Bagaimana El dah ada courage untuk pandang Hasrul face to face. Kiranya di hujung-hujung trip tu, El dengan Hasrul dah boleh berbual macam biasa. Tak semesra dulu, tapi dah boleh bersembang casual.

31 Januari 2025

Balik dari cuti, yang kami risaukan semua datang balik di fikiran. Tambah-tambah bila tengok dah ada beberapa barang untuk ke asrama bersusun dekat rumah.

Tak habis lagi risaukan pasal anak ke-2, hari ni kami dapat news baru. Anak bongsu kami pun dapat SBP. Yang ni lagi short notice. Kiranya kami kena hantar yang lelaki 18hb, yang perempuan pulak 19hb.

El cukup terkesan, muka dia sentiasa muram. Kalau ikutkan hati, (tapi selfish lah), kami tak benarkan anak-anak kami ke SBP, tapi nak buat macam mana. Diorang yang dengan rela hati nak masuk SBP. Memang sedih membayangkan rumah tu akan sunyi nanti. Anak kami yang sulung pulak akan SPM tahun ni. Maksudnya tahun depan mesti akan ke kolej atau universiti. Maksudnya hanya tinggal aku dan El kat rumah tu. 

18 & 19 Februari 2025

Dua hari yang memenatkan. Hari untuk hantar anak kami ke asrama. Sorang dekat "M", sorang lagi dekat "P". Nasib baik tak kena hantar serentak, kalau tak memang patah pinggang kami. Tempat tu pun tak la jauh sangat dari Selangor. Tapi bukannya boleh balik setiap hujung minggu. Outing pun berjadual. Tapi memang terasa sunyi kat rumah.

Aku pun ada pesan kat anak yang sulung untuk banyakkan masa dekat rumah. Kalau tak keluar dengan kawan pun, dia akan terperap dalam bilik. Tapi slowly aku realize, tahun depan dia pun akan ke uni atau kolej. Rumah tu akan makin sunyi. Memang sentimental abis aku masa ni.

El memang nampak lain sangat-sangat. Sentiasa pastikan handphone ada battery dan setkan ringtone pada nada yang kuat. Takut ada call dari anak-anak katanya.



No comments:

Post a Comment