Wednesday, 2 July 2025

Part 6 - Ini Takdir Kita (2024)

Bahagian 5 - Konfrontasi Part 1

Lama aku termenung keseorangan di meja makan. Ada beberapa incoming call dari pejabat tapi aku endahkan. Ketika itu masih lagi office hour, sudah tentu ada officemate cuba hubungi aku kerana urusan kerja. Aku langsung tak bersedia untuk bercakap dengan sesiapa. Fikiran aku serabut memikirkan apa yang perlu dibuat. Aku buntu.

Aku kemudian melangkah ke bilik tidur kami di tingkat atas, dengan harapan El dah tenang sedikit selepas perbincangan kami yang penuh emosi sebelumnya. Aku memberitahu El yang aku perlu buat sesuatu dan akan confront Hasrul. Tapi El merayu supaya aku tak lagi mengungkit dan tidak menganggunya. El kembali menangis dan menutup mukanya dengan selimut. Aku mula terfikir, adakah aku yang mengeruhkan lagi keadaan? El seperti dah tak mampu untuk diajak berbincang.

Aku rasa useless sangat pada ketika itu. Di matanya mungkin aku dilihat tidak sensitif dan tak membantu.

Aku mengalah. Aku beritahu El yang aku takkan jumpa Hasrul jika dia tak izinkan. Aku risau kalau-kalau El akan mengalami tekanan yang melampau sekiranya terus didesak. Aku tak boleh terlalu berkeras. Perkara terbaik buat masa sekarang adalah memberikan ruang dan masa kepada El.

Seharian El tak keluar dari bilik dan enggan makan. Ketika anak-anak aku pulang ke rumah, aku yang terpaksa uruskan makan minum mereka. Aku cuba act normal di hadapan anak-anak supaya mereka tak nampak seperti kami sedang bergaduh. Aku hanya beri alasan yang El tak sihat.

Tapi pada malam itu, aku tekad untuk untuk keluar dan berjumpa dengan Hasrul tanpa pengetahuan El. Oleh kerana aku tak mahu ada sesiapa berhampiran, kami tak boleh berjumpa di rumah aku atau dia atau di mall/ kedai makan. Aku minta Hasrul untuk berjumpa dengan aku berhampiran taman permainan di rumahnya.

"Kau memang celaka kan?", itu yang pertama keluar dari mulut aku sebaik sahaja Hasrul di hadapan aku.

Sejak pagi aku pendam, berbakul kata-kata kesat dan makian aku lontarkan pada Hasrul. Hasrul langsung tak menjawab walaupun ada ruang untuk dia berbuat demikian. Sepanjang aku berleter, dia tak pandang pun ke muka aku. Dia pasrah terima cacian yang aku lontarkan padanya.

Kalau ikutkan hati, memang tangan ni dirasakan ringan je untuk hinggap ke muka Hasrul. Tapi terdapat beberapa orang berlegar-legar tidak jauh dari kami. Banyak lagi yang aku nak luahkan, tapi aku tahu semuanya sia-sia. Bukannya aku boleh undurkan masa dan anggap seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Sebelum beredar, aku minta Hasrul keluarkan handphonenya dan delete video-video El di hadapan aku. Tapi aku kecewa bila Hasrul kata dia tak bawa handphone. Aku tak pasti sama ada dia sengaja tinggalkan atau betul-betul tertinggal. Aku beri amaran dan mengugutnya yang aku akan buat laporan polis sekiranya dia buat sesuatu yang bodoh dengan video-video tersebut.

Aku nak Hasrul sedar yang aku juga mampu untuk porak-perandakan hidupnya. Aku pasti dalam handphone El juga ada banyak message dan video yang boleh digunakan terhadap Hasrul.

Selepas berjumpa dengan Hasrul, fikiran aku bertambah serabut. Aku risau dengan video-video yang ada pada Hasrul. Mungkinkah dia dah jangka yang aku akan minta dia padam video-video tersebut on the spot? Tapi oleh sebab dia tak sempat buat backup kerana aku datang secara tiba-tiba, dengan sengaja dia tinggalkan handphone di rumah. Hasrul yang sekarang mungkin dah berbeza dari yang aku kenali dulu.


No comments:

Post a Comment