Bahagian 3 - Paksaan atau kerelaan
Mata aku terbeliak sebaik sahaja mendengar perkataan itu dari mulut El. Badan aku jadi lemah serta merta dan mula menggeletar.
Otak aku ligat memproses apa yang aku dengar. Kena rog*l? Apa maksud dia kena rog*l? Adakah maksudnya dia terpaksa buat sex dengan someone? Tapi bukan ke dia dengan Hasrul semalam? Takkan dia guna term rog*l kalau dengan Hasrul. Tapi kalau bukan dengan Hasrul, siapa pula? Bertalu-talu soalan timbul di fikiran aku.
Entah berapa lama aku tergamam. Aku dikejutkan dengan tangisan El yang semakin kencang. Tubuh El menggigil dalam pelukan aku.
Antara percaya dan tidak, dan dalam keadaan masih tak dapat terima hakikat, aku cuba tenangkan El. "Sayang, sabar.. cuba cerita dekat abang apa jadi," aku memujuk. Suara aku mula terketar-ketar, mungkin sebab aku juga hampir menangis. Aku sedih dengan apa yang aku dengar, dan lagi sedih melihat keadaan El pada ketika itu.
Kami masih duduk di atas lantai. Lama kami berpelukkan. Aku mengusap-usap belakang badannya dan biarkan El menangis sepuas hati. Aku harap dengan cara tersebut dia dapat lepaskan emosinya dan bertenang.
"Sayang, ready ke nak cerita kat abang?", tanyaku selepas merasakan El dah berhenti menangis. Basah lencun baju aku di bahagian bahu dengan air matanya.
El menyapu mukanya dengan lengan baju. Matanya bengkak kerana menangis terlalu lama. Seketika kemudian dia bangun dan menuju ke bilik air bersebelahan dapur untuk membasuh muka.
Dengan kaki yang lemah dan dada yang masih berombak-ombak, aku hanya mampu bergerak dan menunggu El di meja makan bersebelahan dapur.
Di meja makan tersebut, kami duduk bersebelahan di penjuru meja. Aku genggam tangannya dan mata kami bertentangan. El hampir menangis semula sebaik sahaja aku mengusap-usap tangannya. Tetapi aku minta dia untuk kuat. El menarik nafas panjang sebelum mula bersuara.
"Abang jangan marah eh?", El mahukan kepastian. Aku menganggukkan kepala. El meminta supaya aku tidak tunjukkan sebarang reaksi terhadap apa yang hendak disampaikan.
El memaklumkan yang dia tidak tahu hendak mula bercerita perkara yang berlaku semalam atau apa yang berlaku pada pagi tersebut terlebih dahulu. Kejadian dia dirog*l tersebut berlaku semalam tetapi tindakan blackmail oleh Hasrul berlaku pada pagi tersebut.
Dia menyangka yang dia dapat merahsiakan apa yang berlaku daripada aku. Tetapi dia mula rasa overwhelmed pagi tadi, setelah menerima screenshot videonya yang Hasrul rekod di hotel.
Aku tergamam.
Menurut El, screenshot tersebut dihantar setelah dia tidak menjawab panggilan telefon dari Hasrul. Ketika itulah El sedar masalah yang dihadapinya bukan perkara kecil dan dia tak sepatutnya berahsia dengan aku.
"Ni yang dia hantar tadi", kata El sambil menghulurkan handphonenya kepada aku.
Di paparan skrin phone, aku lihat beberapa rentetan message ringkas dari Hasrul seperti "pickup please", "tolonglah", "i nak jumpa you" dan beberapa notification "missed voice call". Aku dapat gambarkan Hasrul cuba untuk menghubungi El tetapi tidak diendahkan. Di akhir message tersebut terdapat beberapa line "This message was deleted", menunjukkan terdapat sesuatu dihantar Hasrul tetapi telah didelete.
Aku tahu Hasrul 'naik angin' dengan El setelah tak dapat buat El jawab panggilan phone. Oleh itu, dia bertindak dengan menghantar beberapa screenshot video tersebut dengan jangkaan El akan takut dan menghubunginya semula.
Sebaliknya, El telah "block" Hasrul dan menelefon aku.
Sesekali aku seperti di awangan. Logik akal aku tak dapat proses apa yang disampaikan. Belum sempat aku hadam apa yang berlaku pada pagi tersebut, pada masa yang sama perasaan aku membuak-buak ingin tahu perkara yang berlaku semalam.
Sesekali muncul perasaan geram dan aku mencelah sebelum El dapat jelaskan semuanya.
"So sekarang El dah bagi Hasrul ambil pics and videos?",
"Pernah hantar gambar sendiri dekat Hasrul?"
"Ada Hasrul cakap jangan bagitau abang apa-apa?".
Semua dibalas dengan anggukan oleh El. Sekarang aku tahu, no wonderlah El dianggap sex slave oleh Hasrul. Semua yang diminta Hasrul akan dituruti dan dipenuhi El.
Apabila ditanya sama ada dia sendiri telah beri persetujuan kepada Hasrul untuk libatkan 'orang lain', tanpa hesitate El mengangguk.
"So tu bukan rog*l. El yang bagi consent", kata aku lantang. Sedikit geram.
Aku tahu Hasrul sudah menganggap El seperti miliknya, tetapi aku tak sangka Hasrul berani melampaui batas. Mana perginya perasaan sayang kalau betul Hasrul anggap El sebagai isteri? Seketika terdetik dalam fikiran, aku pun melakukan perkara yang sama. Aku juga 'serahkan' El kepada Hasrul untuk dipergunakan. Tiba-tiba datang rasa kesian kepada El kerana diperlakukan sebegitu oleh kami.
Setelah hampir setahun (atau lebih?) 'bersama' seolah-olah seperti suami isteri, El langsung tak sedar dia termakan pujukan Hasrul untuk invite 'orang lain' , sehingga semuanya dah terlambat. Aku tahu, El bukan jenis yang mudah terpengaruh, tapi Hasrul pandai menggunakan peluang. Dia tahu El obsess dengannya.
El turut mengaku yang dia sebenarnya lagi banyak buat sex dengan Hasrul berbanding dengan aku dalam tempoh setahun yang lalu. Dia juga hairan sejak bila dan kenapa dia mengikut sahaja kehendak dan kemahuan Hasrul.
Bagi aku, jawapan kepada persoalan tersebut memang dah ada di depan mata cuma El je yang tak sedar. El kerap dimewahkan dengan hadiah-hadiah dan pujian oleh Hasrul. Mungkin sebab inilah yang membuatkan dia "tak nampak" kerakusan Hasrul. Rules dan redflag yang dulunya sangat diutamakan semakin lama semakin dilupakan.
No comments:
Post a Comment