Wednesday, 2 July 2025

Part 2 - Ini Takdir Kita (2024)

 Bahagian 1 - Hari sebelum kejadian

Penceritaan aku kat Wattpad sebelum ni bukanlah 'real time'. Biasanya, ada delay berbulan-bulan, dan ada masanya makan tahun. Contohnya pasal citer 'Hall Pass' Jun 2023 lepas, aku hanya dapat kongsikan dalam entry wattpad pada Oktober 2024. Almost setahun setengah delay.

Tapi Oktober/November 2024 ialah last post aku sebelum kami ditimpa masalah. Seperti yang dijangka readers, aku berikan terlalu banyak kebebasan pada El.

Tak penting dah rasanya nak recall exact date. Yang aku ingat, masa tu weekdays, pertengahan bulan Nov 2024. Masa ni sex life aku, El, dan Hasrul masih lagi on-going macam biasa. Everything normal dan aku dah tak keep track pun "session" El dan Hasrul. 

Kerjaya Hasrul banyak melibatkan meeting dan workshop dengan syarikat lain dan selalunya dibuat di premis customer atau meeting room di hotel-hotel di KL. Peristiwa yang aku takkan lupakan ni berlaku di Traders Hotel di Kuala Lumpur. Dah jadi kebiasaan, Hasrul akan ajak El ke hotel bila ada event syarikatnya. Dan El biasanya takkan menolak. Pernah satu masa, El suarakan hasrat nak buat blog, untuk buat content pasal hotel-hotel di KL. Dia memang obsess dengan experience dan peluang dapat ke hotel-hotel di KL.

"Abang, esok El nak kerja dari Traders Hotel tau, Hasrul cakap dia dapat allocation bilik minggu ni," kata El pada malam sebelumnya. Aku sedia maklum ada je possibility sesi 'ramah mesra' antara mereka, tapi aku dah terbiasa. Tak ada langsung perasaan tak sedap hati pada masa ni.

Pada keesokan harinya, aku ke pejabat seperti biasa. Hanya pada waktu tengah hari aku baru teringat kenapa El senyap sepanjang hari. Bukannya aku tak kisah pasal isteri sendiri, tapi aku terleka dengan urusan pejabat yang perlu diselesaikan.

Sekembalinya aku di rumah petang tu, aku dapati pintu bilik tidur tertutup. Langsir bilik juga ditutup rapat. Aku dapati El sedang baring dan berselimut di atas katil. Aku segera ke sisi katil untuk mendekati El.

"Eh, sayang demam ke?" tanya aku dan dengan spontan menghalakan tapak tangan aku ke dahinya, untuk rasa suhu badannya. 

Tapi El mengelak sebelum aku dapat sentuh dahinya. Dengan segera selimutnya ditarik sehingga ke kepala. Namun aku sempat lihat mukanya. Dari raut wajahnya, aku tahu dia baru lepas menangis. Aku confuse samada dia menangis sebab tak sihat atau ada sebab lain. Aku suarakan kebimbangan aku dan menunggu respondnya. Tapi dia masih diam membisu. Aku kenal El. Kalau time dia sakit atau moody, biasanya dia perlukan masa untuk menyendiri. 

Malam tu aku yang handle makan malam untuk anak-anak aku. Bila dah dalam situasi macam tu, foodpanda la penyelamat aku. 

El tak berganjak dari katil. Aku cuba menegur tapi dia tak pandang pun ke arah aku. Aku terfikir, ada tak kemungkinan dia marahkan aku kerana kesalahan yang aku tak sedar. Tapi bila difikirkan lagi, Hasrul lah orang terakhir yang dia jumpa hari tu dan probability dia bergaduh dengan Hasrul lagi tinggi, dan itu bukannya masalah aku. Banyak kemungkinan sebenarnya, mungkin juga dia betul-betul tak sihat atau terlalu penat.


No comments:

Post a Comment