Wednesday, 2 July 2025

Part 3 - Ini Takdir Kita (2024)

 Bahagian 2 - Apa yang terjadi?

Sepanjang malam El tidur membelakangkan aku. Aku mula rasa ada yang tak kena bila El masih baring dan tidak menjawab teguran semasa aku bersiap untuk ke pejabat. Kebiasaannya, kalau hari dia tak perlu pergi ke office pun, dia akan bersiap awal—mandi, kemas bilik tidur, dan kemudian ke tingkat bawah untuk uruskan apa-apa yang patut.

"Sayang, abang risau ni, kenapa macam ni?" tanya aku sambil mengusap tubuhnya dari belakang. Tiada respond. Aku lihat jam, dah agak lambat. "Abang kena pergi ni, hari ni abang kena masuk office," kataku lagi. Aku bangun dan keluar dari bilik setelah tidak mendapat sebarang response dari El. Tapi dalam hati, aku dah mula rasa tak tenang. Aku bercadang untuk tanya Hasrul jika ada apa-apa yang terjadi antara mereka.

Seingat aku, waktu belum masuk tengah hari pun ketika aku tiba-tiba dapat panggilan dari El. Aku mula panic bila dengar El menangis di sebalik panggilan. Dia langsung tak menjawab sebarang pertanyaan aku. Dia hanya menangis semahunya. Aku tahu aku perlu balik segera. Aku sempat maklumkan kepada officemate di bilik sebelah yang aku terpaksa ambil emergency leave sebelum bergegas keluar. Dalam tak sedar, aku memandu sejauh 50km balik ke rumah. Bila difikirkan semula, aku tak dapat bayangkan bagaimana aku memandu pada hari tu. Sepanjang perjalanan aku fikirkan yang bukan-bukan.

Setibanya di rumah, El memeluk kaki aku sebaik sahaja aku membuka pintu. "Abang, El mintak maaf abang," kata El sambil menangis teresak-esak. Aku terkejut, terus terduduk di lantai memeluknya. Jantung aku berdegup kencang. Teresak-esak El menangis dalam pelukan aku.

"Abang, El nak cakap sesuatu," walaupun terputus-putus dan diselang dengan esakkan tangisnya, aku masih dapat dengar dengan jelas.

"Abang.. El kena rog*l.."

No comments:

Post a Comment