Thursday 24 December 2015

Part 6 - Cerai dan Rujuk

Tanpa pedulikan kerja di pejabat, aku memandu pulang ke rumah walaupun belum tamat waktu kerja. Aku tekad. perkara mcm ini perlu diselesaikan segera. Aku sudah tak boleh terima El sebagai isteriku. Aku rasa sangat jijik dengan El.


Setibanya di rumah, aku terus kemaskan bajuku dan baju anak aku. Aku tak sangka El dah duakan aku. aku ingatkan kata-kata dia selama ni cuma fantasi semata-mata. Sebahagian besar juga salah aku. aku yang izinkan dia berfantasi tapi kali ni El benar-benar sudah terlanjur. Aku kemas baju dan susu anak-anak aku dalam beberapa bag untuk dibawa ke rumah ibuku. aku sudah tak mahu duduk serumah dengan El.


Tepat pukul 5.30 pm, El tiba di pintu rumah. aku sudah bersedia dengan beberapa helai "print screen" yang telah aku cetak. El menyapaku dan masuk ke dalam rumah seperti tiada apa yang berlaku. aku dengan kuat mengherdik El dan melemparkan helaian kertas tadi ke arahnya. El terpinga-pinga tapi mukanya berubah sekelip mata apabila baru sedar tentang kandungan kertas itu. Muka dan bibirnya pucat ketakutan. Aku paksa El untuk beritahu apa yang berlaku antara dia dengan Hasrul.


Sambil teresak-esak menangis El cuba terangkan segalanya kepada aku. Dia mengaku dia telah melampaui batas tetapi tidak sehingga terlanjur buat sex. Hari itu merupakan kali pertama dia ambil half-day cuti untuk lepak bersama Hasrul dan mereka hanya duduk di dalam kereta di parking KLCC untuk bersembang-sembang. Dadaku turun naik menahan marah. tapi aku perlu dengar semua penerangan dan pengakuan El.


El memberitahu dia mula tak boleh kawal nafsu setelah dia pernah beritahu Hasrul bagaimana kami berfantasikan wataknya dalam hubungan sex kami suami isteri. Pucuk dicita ulam mendatang. Agaknya info ni lah digunakan Hasrul untuk sweet talk dengan El dan menyebabkan El termakan pujuk Hasrul. Aku yakin Hasrul juga dalang dalam perkara ini. Seperti yang difantasikan, semasa di basement parking itu El akui dia benarkan Hasrul untuk hisap dan ramas buah dadanya (sebijik sama seperti fantasi El selama ni) dan dia juga telah terlanjur beri blowjob kepada Hasrul. El bersungguh-sungguh menafikan perkara lain yang dibuat selain itu.


dia terduduk di atas sofa yang kebetulan ada kat situ dan aku masih berdiri. aku memberitahunya yang aku betul-betul tidak sangka dia akan buat begitu kepada aku.aku tidak menunggu lama dan terus menyambar bag yang berada di sisiku sambil memberitahu aku akan keluar dari rumah itu membawa anak kami bersama. ketika itu El melompat meluru ke arahku dan belum sempat dia memelukku, aku melempang El sekuat hati yang mana perbuatan ini aku kesali hingga sekarang.


tak sangka itu kali pertama aku pukul El. tanpa pedulikan El, aku keluar dari rumah dan memandu keluar. Aku malu dengan jiran-jiranku. riuh rendah suara aku menengking El. aku yakin jiran-jiran semua boleh dengar suara aku.


Sepanjang perjalanan, telefonku berbunyi tapi sengaja aku tak jawab. ketika tiba di rumah ibuku juga El cuba hubungi ibuku tetapi telah aku telah beri amaran awal-awal untuk tidak menjawab panggilan tersebut. tak cukup dengan panggilan, El menghantar SMS dan whatsapp  tapi tak sedikit pun aku endahkan. Aku betul-betul telah meninggalkan El dan aku tak kisah apa pun yang telah atau akan berlaku kepadanya. Pada malam itu, El tidak datang ke rumah ibuku. tetapi missed call dan message masih masuk sehingga aku terpaksa tutup handphone kerana terlalu bencikan El. walaupun aku tak harapkan langsung El datang merayu-rayu padaku di rumah ibuku itu, tapi aku agak pelik kerana dia tak cuba datang. rupanya dia segan dengan keluargaku kalau-kalau aku sudah memberitahu apa yang berlaku.


Sepanjang minggu aku tak ke pejabat. Rupanya El pun begitu. Dia tak tahan suasana sunyi di rumah tanpa anak-anak oleh itu dia juga mengemas baju dan tinggal sementara di rumah kakaknya di Selayang. Aku tak ceritakan dengan detail apa El dah buat kepada keluargaku cuma aku beri hint yang dia dah ada lelaki lain dalam hidupnya. Ibu bapaku nampak risau, sebab itulah aku rasakan tindakan aku selepas ini amat tepat untuk selesaikan masalah ini.


Tanpa memaklumkan dahulu dekat El, aku hantar permohonan cerai ke mahkamah rendah syariah di daerah gombak kerana aku sudah tidak mempunyai perasaan sayang pada El. namun mungkin inilah hikmah mempunyai anak bersama. Atas nasihat rakan, aku benarkan El menemui anak-anak di rumah ibuku tetapi tak boleh bawa keluar. El tak membantah kerana dia tahu semua ini adalah salahnya.


anak kami telah menyelamatkan kami dari bercerai. Agak lama mereja berjauhan dari El. "scene" pertemuan antara anak dan seorang ibu membuatkan aku rasa aku takkan boleh pisahkan mereka. El tak payah cakaplah mcm mana berjujuran air mata bila memeluk anak kami.


Walaupun hatiku seperti sudah boleh menerima El, tetapi aku masih tak berpuas hati. kami telah mendapat tarikh dari mahkamah untuk berjumpa dengan jawatankuasa pendamai dan aku mencadangkan agar kami melalui proses yang telah ditetapkan. Sepanjang tempoh aku berjauhan dari El, hampir setiap hari El datang  untuk menemui anak kami. Dia meminta untuk bawa pulang tapi aku tak benarkan. Ketika itu juga, setiap kali dia datang, aku akan keluar dari rumah untuk mengelakkan diri darinya.


Sehinggalah hampir-hampir dengan tarikh yang ditetapkan, hatiku terbuka untuk mendengar penjelasan El. Kali ini dengan panjang lebar El cuba terangkan apa yang terjadi dan meyakinkan aku bahawa hari dia kantoi tersebut adalah pertama kali dan terakhir dia berdua-duaan dengan Hasrul di parking kereta dan dia sendiri tidak tahu bagaimana dia terpujuk dengan kata-kata manis Hasrul.


tetapi apa yang membuatkan aku boleh menerima kembali EL adalah kerana pertamanya, anakku perlukan ibu mereka, dan keduanya, aku sendiri juga bukanlah alim dan baik sangat. Kalau tak, takkanlah aku izinkan isteri sendiri berfantasi dengan lelaki lain? Sebahagian besar masalah ini terjadi disebabkan aku. oleh itu aku rasakan aku sendiri tidak berbeza dari Hasrul. El patut dapat 2nd chance. dan aku akan cuba jadi suami yang lebih baik..


Pada pertemuan kami dengan jawatankuasa pendamai, kami telah memberitahu bahawa kami ingin berbaik semula. dan dipendekkan cerita kami kembali duduk sebumbung. (2011)


Walaupun kami telah berbaik semula, hubungan kami sudah tak seperti dulu. aku rasakan kami hanya berbaik semula disebabkan anak-anak.

Sekali sekala teringatkan perbuatan curang El buat aku hampir gila. Aku masih sayangkan dia sebab dia isteri dan ibu kepada anak-anakku tapi pada masa yang sama aku geram/marah dan rasa ingin balas dendam kepadanya. Sehinggakan kadang-kadang terlintas di fikiran alangkah baiknya kalau dia dirogol supaya dia serik untuk jumpa lelaki lain. Jahatkan aku? 

sambungan..


No comments:

Post a Comment