4 & 5 Februari 2023
Oh diari..
Bila ada involvement wanita dalam hal susun atur rumah, mestilah elemen dan female touch mereka tak dapat dielakkan. Warna karpet, shape pasu dan kedudukan perabot semuanya El yang in-charge.
Tak cukup dengan barang shopee sampai over weekdays, weekend ni kami dikerah EL ke shopping mall untuk cari barang-barang yang boleh dipenuhkan di kondo kami. TheCurve, Ikea, IOI, Midvalley.. semua kami panjat.
Sudah lama kami tak beli perabot dan kelengkapan rumah. Kebanyakkan perabot yang kami ada semuanya masih elok dan berfungsi. Bezanya dengan dahulu, pilihan yang ada kini lebih banyak dan murah. Jika dahulu TV 40" berharga hampir RM3,500, kini dengan harga yang sama kami dapat TV 65". Pilihan tilam, design bed frame pun cantik-cantik di Ikea.
"Tilam nanti kita ambil yang king size terus", aku cadangkan kepada El dan Hasrul ketika menikmati breakfast di Swedish Cafe Ikea tersebut. Terkebil-kebil mata El dan Hasrul menunggu jika ada penerangan lanjut kepada statement aku itu.
Tanpa membalas pandangan mereka aku menyambung, "Lepas ni kan dah tak pergi hotel, kalau nak muat 3 orang kena katil sama mcm hotel". Hasrul tersenyum mendengar penerangan aku sambil matanya menjeling ke arah El menduga reaksinya.
"Bestkan ada rumah lain yang orang lain tak tahu ni? Ini la kot perasaan macam yang abang selalu kata nak ada bilik khas kat rumah untuk letak toys tu. macam orang kata, "mancave", ujar El panjang lebar.
"Kondo ni pun cave El tau. nanti kalau turn El kena work from home, El akan datang sini", dengan bersahaja El menyatakan hasratnya. Mata aku dan hasrul bertentangan seketika. Aku tidak pasti apa yang bermain di fikiran Hasrul. Adakah dia rasa El terlalu bersikap menceroboh kerana tidak meminta pandangan kami dahulu atau dia sudi mengalu-alukan El untuk ke kondo tersebut pada bila-bila masa?
No comments:
Post a Comment