Saturday, 20 December 2025

Part 1 - Isteri Milik Bersama (2025)

 Bahagian 1 - Pilihan

"Abang... jomlah..." rengek El, suaranya sengaja dibuat manja.

Setiap kali dia menyuarakan fantasinya dengan Nick, dada aku berombak.

Bukan sekali dua tapi ni dah berkali-kali.

Adakah El dah terkena stockholm syndrome? Kalau ikutkan movie yang aku pernah tonton pasal simptom ni, ianya merujuk kepada mangsa tebusan yang semakin lama semakin bersimpati, sayang dan setia pada penculiknya. Tapi sindrom ni terpakai kat El jugak ke? 

Selain sentiasa recall bagaimana dia telah diperlakukan oleh dua insan itu, dia juga kerap membayangkan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya dapat 'bersama' dengan Nick lagi. El seolah-olah sudah ketagih, dan gediknya makin menjadi-jadi.

Tanpa jemu dia memujuk aku supaya fantasinya jadi realiti. Nama Nick tidak lekang di bibirnya ketika kami berasmaradana.

"Tapi Hasrul macam mana?" soal aku, cuba mematahkan angan-angannya.

"Ala, tak payah bagitau dia. Padan muka dia. Dia pun dah tak sayang kat El dah kan," balas El dengan nada merajuk tetapi tegas.

Aku berbelah bagi. Aku rasa Hasrul perlu tahu tentang perkara itu. Setelah berfikir masak-masak, aku tekad untuk memberitahu Hasrul. 

"Hmm." "Ok." "Faham." "Ok"., Itu sahaja yang dibalas Hasrul ketika aku memberitahunya melalui telefon. Aku tak dapat bayangkan bagaimana penerimaan Hasrul. 

Secara jujur, panggilan telefon itu agak janggal. Hasrul lebih banyak berdiam. Mungkin dia terkejut kerana kini dia sudah mempunyai pesaing. Tapi dia boleh menganggap pemakluman itu sebagai satu berita gembira. Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, itulah kali pertama kami beri hint yang El masih lagi seperti dulu. Seorang wanita dengan imaginasi dan kehendak seks yang tinggi.

Cuma kini Hasrul bukan lagi satu-satunya pilihan yang El ada.

Punya la nak cepat-cepat tamatkan panggilan telefon yang awkward tu,  aku sendiri lupa apa yang aku explain dekat Hasrul. Dah jadi macam sesi kaunseling, aku cuba comfortkan Hasrul.

"Kau pejam mata jelah kali ni. Ini pun aku tak tahu Nick tu berani tak jumpa kitorang", aku jelaskan lagi.

Sebenarnya aku yang paling terbeban dan terhimpit dalam situasi ini.  Dahlah kena layan kerenah El, nak kena jaga hati Hasrul lagi, lepas tu nak kena approach Nick pulak lepas ni. Sejak dahulu lagi aku sentiasa menjadi medium perantara di antara El dan orang lain.

Aku cuba yakinkan Hasrul. Katakanlah aku berjaya ajak Nick untuk puaskan El, aku akan minta  Nick supaya merahsiakan pertemuan tersebut darinya. Inilah peluang untuk test sama ada Nick boleh dipercayai atau tidak. 

"Nanti kita tengok sama ada Nick akan beritahu kau atau tidak," kata putus aku sebelum mengakhiri perbualan.


No comments:

Post a Comment