Sunday 19 July 2015

Part 1 - Mukadimah. Aku, El dan Hasrul

Untuk part pertama ini, penting rasanya untuk aku perkenalkan diriku, isteriku (El) dan Hasrul supaya pembaca dapat gambaran ringkas siapa kami.. maaf kerana aku tidak boleh detailkan sangat untuk menjaga kerahsiaan kami. Kami masih lagi berkahwin, masih mempunyai jiran di sebelah rumah, masih lagi ke pejabat dan berjumpa rakan-rakan, dan anak-anak kami masih lagi bersekolah.

Pengalaman seperti ini bukannya aku boleh kongsi dengan orang yang dikenali. Aku perlukan medium untuk aku luahkan supaya aku tak simpan tekanan ini bersendirian.

Latar belakang

Ketika aku publish cerita ini (2020), aku dan El berumur 38 tahun. Aku lahir pada Feb 1982 manakala El lahir pada Jun 1982. Kami berasal dari negeri dan belajar di universiti berlainan tetapi aku mengenali El ketika sama-sama buat kursus praktikal di sebuah syarikat di Shah Alam pada 2004. Setelah 2 tahun mengenal hati budi masing-masing, kami pun berkahwin pada tahun 2006 dan telah dikurniakan 3 orang anak. Sejak berkahwin hingga sekarang, kami menetap di Gombak. Kami berdua berkerjaya. Aku bekerja sebagai akauntan untuk company cina di Setapak manakala El bekerja sebagai senior manager di salah satu oil company di KLCC (bukan Petronas).

Hasrul (nama yang akan kerap muncul dalam cerita ini) pula muda 2 tahun dari kami. Dia adalah adik angkat El ketika mereka belajar di universiti yang sama. Hasrul dan El berasal dari perumahan yang sama (orang N9) dan bersekolah rendah di sekolah yang sama. Boleh dikatakan "childhood" memori mereka kuat sangat.. Ini yang menjadi faktor utama keakraban mereka. Hasrul juga sudahpun berkahwin dan kini mempunyai 2 orang anak. Dia menetap di Wangsa Maju.

Body size pun penting untuk aku ceritakan sebab akan memperjelaskan lagi kenapa El tertarik pada Hasrul. Aku mempunyai ketinggian 170cm dan berat 78kg (yup, overweight) manakala Hasrul aku anggarkan dalam 180cm kerana dia lebih tinggi dariku (berat tidak diketahui tetapi badannya fit). El pula mempunyai ketinggian 165cm dan berat 62kg. Saiz badannya pula adalah 34/26/38. El dan Hasrul memang kerap join event-event running sebab tu mereka lebih fit. Aku pula kurang bersukan.

Kisah gelap kami bermula pada akhir 2010 dimana aku telah menceraikannya dengan talak satu kerana kecurangan El. Namun alhamdulillah aku merujuknya kembali pada pertengahan tahun 2011 (aku ceritakan dengan detail nanti)

Punca penceraian? Kerana aku tak dapat lagi terima El sebagai isteriku (dan pada masa itu kami telah mempunyai 2 orang anak) selepas mendapat tahu dia dan Hasrul telah berbulan-bulan communicate secara intim sehingga ke tahap pernah berdua-duaan dalam kereta. Pada masa tu mungkin juga kerana terlalu marah aku 100% yakin mereka sudah pun terlanjur. (aku ceritakan dengan detail nanti)

Semuanya thanks to reunion-reunion sekolah/universiti yang kini jadi trend orang zaman sekarang. Semuanya dengan alasan untuk kekalkan friendship dan social networking. Ditambah pula dengan adanya smartphone/whatsapp. Semudah itu sahaja masjid yang kami bina hampir roboh. Aku yakin masih ramai lagi senasib dengan aku.

Kenapa sehingga perlu bercerai? Pada ketika itu, tiada lagi damage control yang boleh dilakukan. Apa yang telah El lakukan adalah keterlaluan, di luar logik akal dan kewarasan fikiran. Tiada siapa yang akan dapat bayangkan bagaimana hancur luluh hati aku bila dapat tahu yang El curang. Aku teringat lagi pada masa tu macam mana aku nak tinggalkan masalah ni dengan bawa kereta laju-laju dan terjun gaung. Tetapi nasib baik aku masih waras. Pada ketika itu aku ada 2 orang anak dan kedua-dua orang tua aku masih lagi hidup. Oleh itu aku bertekad untuk keluarkan El dari hidupku dan anak-anakku.

Bagaimana kami boleh terjebak dengan threesome dan terus kekal dengannya? Aku tak pasti siapa yang akan terjumpa forum/blog/wattpad ni, tapi reaksi/pandangan pembaca terhadap kami akan berbeza bergantung pada pembaca masing-masing. Baca dahulu apa yang aku ceritakan kat sini dan cuba selami apa yang aku lalui. fahamkan apa perasaan aku yang kena hadap semua ini sendirian.

Aku takkan nafikan yang sekali sekala aku masih lagi geram dan rasa ingin balas dendam dekat El tambah-tambah bila teringat kesungguhannya nak contact balik Hasrul sehinggakan sanggup join reunion sekolah. Dari situlah semua masalah ini bermula. Sedih bila mengenangkan sebenarnya diri dia sendiri yang jadi penyebab dia menjadi 'pelacur' aku dan Hasrul.

Kepada El, maafkan aku. Perkataan yang aku gunakan untuk describe El dan perbuatannya atau nak describe perasaan aku yang melaluinya mungkin sedikit kasar. tak patut aku gunakannya tambah-tambah kepada isteri sendiri.

Hasrul atau El tidak mengetahui pun tindakan aku ceritakan segalanya kat sini. Tapi aku adalah mangsa dalam cerita ini oleh itu aku berhak untuk luahkan segalanya.